Jenis-jenis dialisis Dialisis

Terdapat 2 jenis utama dialisis iaitu hemodialisis dan dialisis peritoneal. Hemodialisis menggunakan sejenis penapis khas untuk membuang bahan buangan dan air yang berlebihan dari badan. Manakala, dialisis peritoneal menggunakan cecair yang diletakkan ke dalam rongga perut pesakit melalui satu tiub plastik khas untuk membuang bahan buangan yang berlebihan dan cecair dari badan.

Hemodialisis

Skematik Hemodialisis

Semasa proses hemodialisis, darah dialirkan daripada badan pesakit melalui penapis yang terdapat di dalam mesin dialisis, dikenali sebagai membran dialisis. Bagi prosedur tersebut, badan pesakit akan diletakkan sejenis tiub plastik khas diantara arteri dan vena di dalam lengan atau kaki (dikenali sebagai gortex graft). Dalam keadaan tertentu, terdapat juga sambungan yang dibuat secara terus di antara arteri dan vena di lengan. Prosedur ini dipanggil Cimino fistula. Jarum kemudian diletakkan dalam graft atau fistula, dan darah dialirkan ke mesin dialisis melalui penapis, dan kembali kepada pesakit. Dalam mesin dialisis, sejenis cairan di bahagian lain penapis menerima bahan buangan daripada pesakit dan akan dipam keluar manakala darah yang telah ditapis dimasukkan semula ke dalam badan.

Dialisis Peritonea

Dialisis peritoneal menggunakan tisu badan pesakit sendiri yang terdapat didalam perut (rongga abdomen) untuk bertindak sebagai penapis. Usus terletak di dalam rongga perut, bahagian yang terlibat adalah ruang antara dinding perut dan tulang belakang. Satu tiub plastik yang dipanggil tiub dialisis dimasukkan melalui dinding abdomen ke dalam rongga abdomen. Satu cecair khas kemudian dimasukkan ke dalam rongga abdomen untuk mencuci di sekitar usus. Dinding usus bertindak sebagai penapis antara cecair ini dan aliran darah. Dengan menggunakan pelbagai jenis bahan cecair, bahan buangan dan air yang berlebihan boleh dikeluarkan daripada badan melalui proses ini.

Terdapat dua jenis dialisis peritoneal iaitu Dialisis Peritoneal penyandang Berterusan (CAPD), dimana pesakit haruslah menukar cecair dialisis di dalam sistem beg empat hingga lima kali sehari manakala automatik Peritoneal Dialisis (APD), mesin dialisis mengambil alih pertukaran cecair, dan rawatan yang dilakukan mengambil masa sehari. Kebanyakan pesakit menjalankan kedua-dua jenis rawatan ini sendiri, sama ada di rumah atau di pejabat. Ini membolehkan mereka untuk menjadi fleksibel dan boleh melakukan pekerjaan seharian seperti sedia kala.